Saturday, February 26, 2011

RUJUKAN

1)Imam-imam Masjid Jamek Alma Jaya

2)AJK Masjid Jamek Alma Jaya

3)Ayah saya : Abdul Halim Bin Hashim

4)Muntakhab ahadith

5)http://abdazizharjin.blogspot.com

PENUTUP

Kesimpulannya, Masjid Jamek Alma Jaya ini telah dibina di kawasan yang strategik. Tambahan pula aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga agak menarik. Terbinanya masjid ini dapat memudahkan penduduk di sekitar kawasan ini mendirikan solat jemaah bersama-sama. Malah, ianya dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk dan pihak masjid.

IMAM DAN AHLI JAWATANKUASA MASJID JAMEK ALMA JAYA

IMAM BESAR :
 Ust. Abdul Halim bin Hashim 

IMAM 2 :
Ust. Mohd Hata bin Ahmad

IMAM 3 :
Ust. Hj. Firdaus bin Hj. Subhi

BILAL :
Ust. Hisham bin Hamid

SETIAUSAHA :
Mohamad Shahril bin Mohd Ali

AJK MASJID :
Nayan bin Ahmad
Hj. Rahim bin Ibrahim
Puan Hidayah bt. Said
Puan Hjh. Peah bt. Suki

Friday, February 25, 2011

HURAIAN

Seperti di atas, saya telah memilih sebuah masjid jamek yang berdekatan dengan tempat tinggal saya di Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam iaitu Masjid Jamek Alma Jaya. Saya memilih masjid ini berikutan dengan lokasinya yang strategi kerana terletak berdekatan dengan banyak-banyak taman yang berdekatan. Malah, masjid ini juga sering dikunjungi oleh pengunjung tidak kira yang tinggal di kawasan sekitarnya ataupun luar kariah kerana masjid ini terletak belakang stesen minyak Caltex.

Masjid yang berwarna kuning dan beratap biru ini dinamakan Masjid Jamek Alma Jaya,Taman Alma Jaya,Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Masjid ini juga terbesar di kawasan Bukit Mertajam di mana ia mampu memuatkan jemaah seramai 5000 orang dalam satu masa dengan kemudahan-kemudahan seperti dewan kuliah, perpustakaan dan kelas-kelas bimbingan agama. Masjid berkubah kuning ini dibina di atas kawasan seluas 10 hektar di Taman Alma Jaya.




Masjid Jamek Alma Jaya merupakan salah satu lambang yang menyemarakkan keagungan agama Islam dan penganut Islam di kawasan Bukit Mertajam. Acara perasmiannya pada 11 Mac 2008, bersamaan dengan 23 Rejab 1408 Hijrah yang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Gabenor Pulau Pinang telah menempa sejarah bukan sahaja kepada YDP Pulau Pinang, tetapi juga kepada rakyat Pulau Pinang am dan Sebersang Perai seluruhnya.

Secara ringkas sejarah penubuhan Masjid Jamek Alma Jaya (MJAJ)

Arahan pembinaan : Kerajaan Pulau Pinang melalui Jabatan Kerja Raya

Tarikh arahan : Akhir tahun 2003

Arahan kepada : Jurubina Bertiga

Tarikh diamanahkan : Awal tahun 2004

Perletakan batu asas : Oleh Yang Dipertua Gabenor Pulau Pinang

Tarikh pembinaan : 1 Ogos 2005

Tarikh sempurna :15 Ogos 2009

Tarikh digunakan : 1 Oktober 2009

Tarikh dirasmikan : 1 Januari 2010

Aktiviti-aktiviti Masjid Jamek Alma Jaya

Perpustakaan




Perpustakaan MJAJ telah dibuka secara tidak rasmi pada 1 Februari 2010.Antara program-program yang dijalankan oleh perpustakaan MJAJ:

1) Lawatan ke Perpustakaan Negeri Pulau Pinang
    Terdiri daripada 3 orang AJK yang menyertai lawatan ini. Hasil daripada lawatan ini, pihak masjid berjaya mengadakan perjanjian untuk meminta pihak Perpustakaan Negeri Pulau Pinang untuk menghantar pegawai-pegawai untuk membantu pihak masjid dalam pelbagai perkara.Antara perkara yang telah dipersetujui dalam perjumpaan itu adalah :

Meminta Khidmat nasihat secara bulanan.

Menggunakan kepakaran pengurusan MNPP.

Jemputan sebagai panel penilai perpustakaan.

Memohon kursus pendek selama 3 hari di Perpustakaan MNPP.

 Pengurusan Jenazah


Kumpulan menguruskan jenazah Masjid Jamek Alma Jaya ini merupakan satu rentetan dari perlantikan Tn. Haji Hisham bin Siddiq sebagai ketua melalui keputusan AJK MJAJ Bil 1, 2010 pada 1 November 2009. Ini disebabkan kemudahan yang amat diperlukan penduduk setempat mahupun pihak Jabatan Agama Islam sendiri sekiranya ada anak qariah atau orang dari luar dalam kawasan qariah Bukit Mertajam yang meninggal  dan memerlukan perkhidmatan pengurusan jenazah yang bersistematik. Sebelum ini, penyelenggaraan telahpun beroperasi ( secara tidak langsung) dengan menguruskan beberapa jenazah. Antaranya :

1. Di Masjid Jamek Cherok To Kun
2. Di Surau sekitar
3. Di rumah simati (arwah)

Setelah dilihat dari suatu sudut, terdapat dikalangan AJK Masjid Jamek Alma Jaya sendiri yang boleh dan mampu menguruskannya serta desakan yang menyeluruh dan bersungguh dalam mesyuarat AJK MJAJ Bil 1, 2010 pada 1 November 2009, maka secara rasminya Kumpulan mengurus jenazah MJAJ telah dibentuk.

Bidang Tugas Kumpulan

1. Bidang kerja pengurusan yang dilakukan ialah :
    Dari rumah ke Masjid
    Dari Hospital ke Masjid
    Dari Masjid ke Tanah Perkuburan
    Dari Hospital ke rumah arwah

2. Mengkafan jenazah

3. Menyembahyangkan jenazah/tahlil

4. Mentalqinkan jenazah

Bukan Bidang Tugas Kumpulan

Tidak menyelenggarakan jenazah yang bermasalah seperti penghidap HIV dan lain-lain penyakit berjangkit sebaiknya meminta agar waris merujuk kepada Pusat Perubatan atau Hospital Bukit Mertajam yang terdekat.

Perbelanjaan Pengurusan Jenazah

Segala kos pengurusan akan ditanggung oleh waris atau wakil waris simati melainkan apa yang digunakan di dalam masjid seperti air dan bekalan elektrik.

Khidmat Nasihat

Sesi khidmat nasihat yang berkaitan isu-isu kekeluargaan turut disediakan di Masjid Alma Jaya. Sila hubungi pejabat pentadbiran Masjid Alma Jaya untuk membuat temujanji dengan imam atau ingin mengajukan sebarang pertanyaan.

              WAKTU BERURUSAN

                 2.00 P.M - 4.30 P.M
                   (ISNIN - KHAMIS)

                  2.45 P.M - 4.30 P.M
                        (JUMAAT)








Pejabat Pentadbiran (Pejabat Imam)

Pejabat Pentadbiran Masjid Jamek Alma Jaya dibuka kepada orang awam untuk urusan-urusan tertentu. Ianya dikendalikan oleh Ust. Aidel Azheim bin Abdul Halim. Antara urusan yang boleh dilakukan termasuklah:

  • Membuat Temujanji Dengan Imam
  • Maklumat Tentang Pengajian Bersijil
  • Pengesahan Permastautinan
  • Pengesahan Borang Atau Sijil
  • Permohonan Penggunaan Kemudahan masjid
  • Tahlil Arwah

Thursday, February 24, 2011

KONSEP MASJID

Masjid ialah institusi yang amat penting dan bermanfaat bagi umat Islam kerana menjadi lambang keagungan kepada umat islam. Di masjid, umat Islam mengerjakan solat dan sebagainya. Masjid dalam erti kata merupakan tempat yang mulia di sisi Allah SWT. Kerana itu Allah memberi perhatian yang sangat khusu terhadap tempat tersebut. Hal ini terbukti dengan banyaknya janji yang difirman oleh Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang mahu memelihara dan mengimarahkn rumah-Nya. Salah satu di antara nikmat yang telah dijanjikan oleh Allah SWT adalah sesungguhnya Allah SWT akan membina sebuah rumah di dalam syurga bagi mereka yang menggunakan harta sendiri untuk membina masjid.


Masjid berasal daripada perkataan Arab yakni "sa-ja-da" yang memberi maksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi mulia ke posisi yang paling rendah,separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud disini ialah menyembah Allah SWT, jadi masjid adalah rumah tempat menyembah Allah atau rumah Allah (Baitullah). Rumah Allah yang pertama ialah Baitullah al-Haram di Makkah al-Mukarammah. Di sebut Baitullah al-Haram kerana diharam berperang di dalam masjid. Baitullah juga menjadi kiblat umat Islam, iaitu arah menghadap muka dan dada ketika mengerjakan solat. Namun masjid dalam erti yang luas adalah semua bumi Allah SWT ini. Hal ini sesuai dengan sabda Rasullullah SAW "..dan dijadikan bagiku semua bumi ini sebagai masjid dan sebagai sesuatu yang suci-mensucikan".


Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a katanya:
Rasullulah s.a.w bersabda :
aku diberi 5 perkara yang tidak pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelumku.
Semua Nabi sebelumku hanya diutuskan khusus kepada kaumnya sahaja sedangkan aku diutuskan kepada manusia yang berkulit merah dan hitam iaitu seluruh manusia.
Dihalalkan untukku harta rampasan perang sedangkan ianya tidak pernah dihalalkan kepada seorang Nabi pun sebelumku.
Disediakan bumi yang subur lagi suci sebagai tempat untuk sujud iaitu solat.
Maka sesiapun apabila tiba waktu solat di mana saja dia berada hendaklah dia mendirikan solat.
Aku juga diberikan pertolongan secara dapat menakutkan musuh dari jarak perjalanan selama satu bulan.
Aku juga diberi hak untuk memberi syafaat.

PENDAHULUAN

Syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyelesaikn kerja kursus yang telah diberikan kepada saya dan dengan izin-Nya juga telah dapat saya menyiapkan blog ini untuk dikongsi bersama dengan umat Islam yang lain.

Tujuan esei ini ditulis adalah untuk berkongsi asal-usul pembangunan masjid ini ditubuhkan, bila ditubuhkan, siapa yang merasmikan masjid ini. Dengan membuat kerja kursus ini, saya mendapat lebih banyak pengetahuan tentang pendidikan dan kegiatan masjid di kariah saya.

skop esei ini adalah merangkumi masjid dan sejarah penubuhannya yang tersendiri. Masjid merupakan satu aset dalam kebangkitan sejarah Islam. Masjid juga salah satu institusi yang dijalankan aktiviti keagamaan dan juga kerohanian bagi masyarakat yang beragama Islam. Di masjid, pelbagai aktiviti diadakan seperti tadarus al-Quran, berzanji, menunaikan solat secara berjemaah dan berzikir.


Harapan saya setelah menulis esei ini adalah supaya semua umat Islam dapat mengimarahkan masjid yakni rumah Allah..terutama sekali bagi kaum adam,supaya dapat menunaikan solat 5 waktu di masjid secara berjemaah kerana baginda S.A.W menitik beratkan solat berjemaah bagi kaum adam...InsyAllah

ABSTRAK

Masjid adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid adalah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan tempat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid terus berfungsi sebagaimana fungsi-fungsinya yang universal. Dalam era globalisasi ini, fungsi dan peranan institusi masjid dituntut supaya berperanan lebih luas bersesuaian dengan peredaran masa. 

Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.semasa berhijrah ke Madinah telah menegaskn satu tradisi apabila baginda membina masjid yang pertama didunia sebaik sahaja baginda tiba dan berhenti di Quba' (tempatperhentian pertama berhampiran kota Madinah). Semenjak itu ia telah satu amalam (sunnah) semua para sahabat, Tabiin, Tabil serta pengikutnya.